Wednesday, 14 December 2016





MUHAMAD FAUZAN BIN ABDULLAH
KIG160064

FASA PERANCANGAN
assalamualaikum dan salam sejahtera, kami menubuhkan kumpulan ini secara spontan bagi mencukupkan ahli walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, kami tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama untuk menjalankan projek ini. Kami mengadakan beberapa perjumpaan bagi membincangkan perkara yang berkaitan projek ini serta masalah yang kami hadapi sebelum menjalankan aktiviti.Alhamdulillah segala perancangan berjaya dilakukan secara rapi.

FASA SEMASA
Hari pertama merupakan hari yang sangat mengujakan buat kami semua kerana dapat pergi ke rumah amal Al-firdaus dan dapat berjumpa dengan anak-anak yatim yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun. Mereka sangat gembira dengan kedatangan kami dan kami disambut dengan sangat baik oleh penjaga anak-anak tersebut. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama anak-anak itu berterapkan konsep kejuruteraan yang bersesuaian dengan umur mereka, salah satu daripadanya ialah membuat kapal terbang kertas yang boleh terbang paling jauh. Pertandingan ini dapat menguji kreativiti mereka serta mencetuskan idea-idea baru buat mereka. Selain daripada aktiviti yang memerlukan mereka berfikir, kami juga melakukan aktiviti yang dapat memeriahkan suasana di rumah itu bagi mengelak dari bosan. Kami bermain permainan yang diberi nama london bridge has falling down, nyanyian dan menulis abc. Kami juga mendapat sedikit kesukaran untuk menguruskan kanak-kanak terutama untuk membagi kumpulan tetapi masalah-masalah seperti berikut dapat diselesaikan dengan bantuan penjaga mereka.


kapal terbang kertas

antara lukisan kanak-kanak

Di SMK Presint 8(1), putrajaya, kami melakukan aktiviti dengan pelajar tingkatan empat di sekolah itu yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza dengan anak-anak di rumah amal Al-firdaus. Jadi, kami perlu faham dengan pemikiran mereka dan cara untuk menguruskan aktviti bersama mereka. Kerjasama yang diberi oleh pelajar di di sekolah tersebut adalah sangat baik. Kami membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan dan membuat satu pertandingan yang sangat berkait rapat dengan kejuruteraan dan kerjasama antara ahli kumpulan. Dengan hanya menggunakan kertas surat khabar dan pita pelekat untuk membuat satu struktur yang boleh memuatkan sebanyak mungkin ahli kumpulan mereka. Pertandingan tersebut dapat menunjukkan kreativiti mereka untuk membina dan memastikan struktur yang mereka bina kukuh. Dengan sedikit sebanyak aktiviti ini dapat membuka minda mereka kepada program kejuruteraan yang disediakan Universiti Malaya.

struktur rumah dari surat khabar

FASA SELEPAS
Setelah selesai khidmat masyarakat yang bertempoh 4 hari bertempat di rumah amal Al-firdaus dan SMK Presint 8(1), kami dapat belajar tentang kesukaran yang dihadapi oleh penduduk rumah Al-firdaus kerana tidak mempunyai ibu bapa untuk memberi mereka tunjuk ajar serta contoh teladan untuk mereka turuti dalam masa pembesaran. Sedikit sebanyak, program ini dapat melahirkan kesyukuran buat kami terhadap segala yang kami ada sekarang. Selain itu, program ini juga memberi kemahiran untuk menguruskan program serta meningkatkan keyakinan diri saya untuk bercakap di khalayak ramai.
REFLEKSI


NAMA : MUHAMMAD HILMI BIN ADNAN
NO MATRIK : KIG160088


Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Muhammad Hilmi bin Adnan, KIG160088. Itulah nama dan nombor matrik si penulis entri blog ini. Terima kasih saya ucapkan kepada sesiapa yang sudi membantu saya menjayakan projek jalinan kemasyarakatan terutamanya coordinator kumpulan kami, Dr. Farazila Binti Yusof serta ahli kumpulan saya dan juga kumpulan twelve forces (kumpulan 1). Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang untuk mengambil subjek jalinan kemasyarakatan dan  diberi peluang untuk berkhidmat di rumah anak yatim al-firdaus dan SMK Presint 8(1) di Putrajaya. 


Fasa Perancangan
“kanak kanak kecil sangat menyusahkan dan melecehkan” itulah yang bermain di fikiran saya sewaktu ahli kumpulan saya mencadangkan untuk berkhidmat di rumah anak yatim tetapi saya terus bersetuju kerana ingin melihat sendiri dengan mata kasar tentang kelakuan dan perangai mereka. Oleh itu, saya bercita cita ingin mengubah dan menerapkan nilai nilai murni seperti hormat terhadap orang yang lebih tua dan sayang menyayangi antara satu sama lain.
Selain itu, kumpulan kami bersama sama dengan kumpulan 1  juga merancang untuk ke sekolah menengah di Putrajaya dengan tujuan memberikan sedikit motivasi  dan kata kata semangat untuk belajar bersungguh sungguh dan dapat menyambung pelajaran ke menara gading seperti Universiti Malaya serta melakukan pelbagai aktiviti yang mendorong ke arah kejuruteraan seperti mereka dan merangka struktur bangunan agar dapat menarik minat mereka untuk mengambil bidang kejuruteraan.

Fasa Semasa
Ternyata tanggapan awal saya terhadap kanak kanak di rumah anak yatim itu benar dan sangat sangat benar. Setelah saya tiba di rumah anak yatim tersebut, kami agak terkejut melihat kelakuan anak anak di situ. Mereka sangat degil dan tidak mahu mendengar kata kata kami seolah olah kami pendatang tanpa izin. Apabila kami meminta mereka diam dan duduk mereka akan datang kepada kami dan memanjat manjat badan kami. Mereka seolah olah inginkan perhatian dan sangat “super hyperactive”. Kami mula buntu kerana kelakuan mereka akan mendatangkan banyak kesan kerana kami tidak dapat melakukan aktiviti yang direncanakan lantas kami memikirkan bagaimana untuk menarik perhatian mereka dan kami akhirnya mendapat ilham untuk menyelesaikan masalah besar ini. Kami meminta mereka untuk menyahut dengan gaya dan sahutan yang tertentu apabila kami sebut sesuatu perkara. Contohnya, kami akan sebut “AL-FIRDAUS!!!!”mereka akan jawab “SAYANG ALLAH J” kami sebut “AULAD” mereka jawab “HEBAT”. Langkah ini sangat berkesan untuk menangani sikap keras kepala mereka. Selain itu, kami juga mengajar mereka untuk bersyahadah dengan melodi yang sangat menarik. Apabila mereka mula membuat bising, kami akan cuba mengawal keadaan dengan menyanyikan syahadah dan secara tak sedar mereka akan bersama sama bersyahadah bersama kami.  Di bawah ini saya sertakan video klip syahadah yang kami ajar:




Apabila mereka mula mendengar kata, kami memulakan aktiviti yang telah dibincangkan. Ahli kumpulan saya yang lain akan menceritakan dengan lebih jelas tentang aktiviti yang dilakukan. Berikut adalah gambar gambar aktiviti yang dilakukan :







Sewaktu kami pergi ke sekolah menengah, kami tidak menerima sebarang masalah yang besar tentang perbuatan dan sikap mereka. Mereka sangat mengalu alukan kedatangan kami dan kami senang untuk berurusan dan membuat aktiviti dengan mereka. Saya sangat seronok membuat aktiviti bersama sama mereka terutamanya aktiviti “bob the builder” iaitu aktiviti membuat tempat tinggal menggunakan surat khabar lama kerana anak anak buah kumpulan saya sangat memberikan kerjasama dan bersama sama saya menyiapkan bangunan tersebut. Lebih menggembirakan lagi, kumpulan saya memenangi aktiviti tersebut.

bangunan kumpulan saya !


Fasa selepas

Setelah saya berjaya melaksanakan kesemua projek jalinan kemasyarakatan, saya dapat merasakan bahawa subjek ini sangat memberikan impak yang besar terhadap saya serta ahli kumpulan yang lain.
Antaranya, sikap berani untuk bercakap di khalayak ramai dapat saya terapkan di dalam diri saya walaupun bercakap di hadapan kanak kanak dan pelajar yang lebih muda daripada saya. Sebelum ini, saya sangat takut untuk tampil ke hadapan untuk bercakap. Sikap berani ini sangat penting kepada saya pada masa akan datang kerana saya percaya pada masa hadapan lebih banyak dugaan dan rintangan dan memerlukan saya untuk berani tampil ke hadapan. Selain itu, saya telah mula suka dengan anak anak kecil walaupun pada mulanya saya sangat tidak gemar bermain dengan budak kecil. Saya sedar bahawa mereka bukannya sangat degil dan keras kepala tetapi mereka hanyalah dahagakan kasih sayang dan memerlukan perhatian lantas kami mula mendidik dan mengajar mereka tentang adab adab bergaul dengan semua lapisan masyarakat. Saya berharap pada masa akan datang, mereka akan terus mengamalkan segala ajaran dan  menjadi orang yang berguna dan berkhidmat kembali kepada masyarakat. Ini adalah bukti bahawa saya telah mula bergaul dan suka terhadap budak kecil malahan saya telah menjadikan anak kecil ini sebagai adik angkat saya J.

nama dia Taiwak Hanis bin Abdul Hamid 




Secara amnya saya dapat konklusikan bahawa aktiviti kemasyarakatan sangat penting kepada semua lapisan masyarakat dan secara jujurnya saya akan mengajak kawan kawan saya agar terus melakukan aktiviti sebegini di masa lapang.
Sekian itu sahaja daripada saya. Terima kasih!


Refleksi Diri : Madkemal

NAMA:MUHAMMAD AKMAL BIN YUSOF
NO MATRIKS: KIH 160023

Assalamualaikum w.b.t bagi saya, program Jalinan Masyarakat ini merupakan medium terbaik buat mahasiswa bagi mendekatkan diri dengan masyarakat. Beruntungnya kami kerana diberi peluang untuk membuat program ini di rumah anak yatim amal al firdaus dan smk presint 8 yang mana ini adalah pengalaman pertama saya menjadi fasilitator. Dan apa yang paling penting ialah saya dan sahabat-sahabat saya dapat berkongsi pengalaman sebagai seorang pelajar, memberi galakan serta menyampaikan maklumat kepada adik-adik di rumah amal al firdaus dan smk presint 8 . Banyak yang kami lalui sepanjang menjalani program ini.

Fasa Perancangan:
             Sebelum melaksanakan projek Jalinan Masyarakat di rumah anak- anak yatim Amal Al-Firdaus yang terletak di Denai Alam,Shah Alam dan Sekolah Menegah Kebangsaan Presint 8 ( 1 ) , Putrajaya. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri dalam sesuatu tugas yang telah diberikan. Namun, terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi sepanjang proses ini seperti pihak  Rumah Anak Yatim Titian Kasih di Titiwangsa  telah menolak permohonanan kami untuk menjalankan projek jalinan masyarakat di sana kerana ketiadaan pelajar. Justeru kami telah mengambil beberapa inisiatif yang lain untuk menyelesaikan isu tersebut.Kami telah menghubungi beberapa rumah anak yatim yang lain dan kami amat bernasib baik kerana rumah anak-anak yatim Amal Al Firdaus telah bersetuju untuk menerima kehadiran kami.Seterusnya kami telah bersetuju untuk bergabung tenaga dengan kumpulan 1 (12forces) untuk menjalankan projek jalinan masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan presint 8 (1) , Putrajaya.

Fasa Semasa:
Pertama kali kami sampai di rumah anak- anak yatim Amal Al-Firdaus,kami berasa amat terkejut melihat kanak-kanak yang berumur lingkungan 4 hingga 6 tahun kerana usia mereka yang masih kecil tetapi sudah tiada ibu bapa.Setelah bersuai kenal dengan adik-adik di rumah tersebut,lantas kami terus membahagikan mereka ke dalam 4 kumpulan.Setiap kumpulan mempunyai 10 orang pelajar dan 2 orang fasilitator dari kumpulan kami sendiri.

Antara aktiviti yang kami jalankan adalah mewarna,membalut mumia,menonton cerita kartun,menyanyi dan belajar menulis ABC.Pada mulanya memang agak payah untuk mengawasi mereka namun lama kelamaan mereka mudah untuk membuka hati mereka kepada kami seakan dahagakan kasih sayang.


                                          hasil mewarna oleh kanak-kanak di rumah amal al firdaus


                                        kanak-kanak sedang khusyuk menonton cerita kartun 


                                             Gambar bersama kanak-kanak sebelum pulang

Seterusnya,kami telah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 ( 1 ) , Putrajaya untuk menjalankan projek jalinan masyarakat ini.Kami telah bergabung tenaga dengan kumpulan 1 untuk melakukan aktiviti di sana.Kumpulan kami telah bersetuju dengan pihak sekolah tersebut untuk menjalankan projek jalinan masyarakat ini kepada pelajar tingkatan 4.Kami juga telah membahagikan pelajar sekolah tersebut kepada beberapa kumpulan. Antara aktiviti yang telah kami jalankan adalah pembinaan Menara menggunakan botol dan pita pelekat,latihan mendengar serta memberi arahan dan membina bangunan berkonsepkan tempat tinggal menggunakan surat khabar. 


                                        aktiviti membina bangunan berkonsepkan tempat tinggal


                                                  Bergambar bersama pelajar sekolah presint 8 

Fasa selepas

              Setelah menghabiskan tempoh masa 32 jam di rumah anak-anak yatim amal al firdaus dan SMK Presint 8 (1),Putrajaya , saya  amat menghargai setiap detik yang berlaku di sana.Selepas menjalani projek ini saya telah bermuhasabah diri mengenangkan nasib anak- anak di rumah amal al firdaus.Mereka masih kuat untuk meneruskan cita-cita mereka walaupun sudah kehilangan ibu atau bapa.
Seterusnya, bukan senang untuk mendapat peluang untuk bercampur dan bersama  rakan-rakan sekelas dalam mengendalikan banyak perkara untuk mencapai objektif apa yang telah kami rancang. Banyak ilmu dan pengalaman telah saya peroleh daripada projek ini.saya lebih yakin untuk bercakap di khalayak ramai.
 Setelah berakhirnya program Jalinan Masyarakat ini, kami sedar bukan sahaja kita perlu menjalin dan menjaga hubungan sesama masyarakat, malah hubungan antara kami rakan sekelas juga bertambah rapat.Saya amat berharap supaya saya diberi peluang untuk meneruskan aktiviti kemasyarakatan seperti ini pada masa akan datang



                                      Gambar ahli kumpulan kami bersama penjaga rumah amal al firdaus


                                                          #KHOMSATUN4LYFE

Refleksi Diri : Haniffah Zainal

Refleksi



                    NAMA              : MUHAMMAD HANIFFAH BIN ZAINAL
                       NO MATRIK     : KIG160084
               

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan keizinannya dapat kumpulan saya menyempurnakan kursus GIG1005 Jalinan Masyarakat bagi sesi 2016/2017 dengan jayanya insyaallah. Dalam entry ini, saya akan bercerita serba sedikit tentang cabaran, dugaan dan permasalahan yang kami hadapi serta bagaimana kami mengatasinya dengan bergaya.


Fasa I : Perancangan

Pada awalnya, kami telah memilih rumah anak yatim dan ibu tunggal Titian Kasih, Titiwangsa. Satu kumpulan kami telah mengadakan pre-visit ke sana dan bersetuju nak menjalankan aktiviti di sana. Namun, seminggu sebelum kami ingin menjalankan aktiviti, kami diberitahu bahawa budak-budak di sana tidak dapat mengikuti kerana pulang ke rumah keluarga terdekat. Dengan tenang, kami berbincang dan bermula dari awal. Ada segelintir dari ahli kumpulan kami yang sudah hilang semangat, namun kami ahli kumpulan yang lain memberi nasihatbagi menaikkan semangat dalam kumpulan.
         Kami bernasib baik, sehari dua kemudian, kami telah menjumpai tempat baharu iaitu Rumah Amal Al-Firdaus, Shah Alam. Namun masalah baru timbul iaitu tidak cukup jam, kerana kami hanya boleh buat selama 24 jam sahaja yang masih kekurangan 8 jam. Alhamdulillah, Allah swt memudahkan urusan kami kerana kami dapat berkolaborasi dengan kumpulan Twelve Forces untuk mencukupkan jam kami iaitu 32 jam. Kami telah pergi ke SMK Presint 8(1), Putrajaya bersama kumpulan Twelve Forces bagi memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha meneruskan pelajaran mereka sehingga ke peringkat yang tertinggi. Di  samping itu, kami juga mengadakan aktiviti berunsur kejuruteraan sebagai contoh ‘Bob the Builder’.

          Masalah lain yang kami hadapi ialah masalah kewangan. Kami telah dijanjikan akan diberi bantuan sebanyak RM50/orang. Sepatutnya kumpulan kami akan menerima sebanyak RM500 bagi dana menjalankan projek. Jadi bagi menampung perbelanjaan kami, kami telah mengutip sebanyak RM50/orang dari ahli group kami. Walaupun kami ketiadaan duit waktu tu, tapi kami kumpul juga bagi menjayakan projek ini. Bak kata pepatah, “jangan berumah di tepi pantai kalau takut di badai ombak.”


Fasa II : Semasa 

Rumah Amal Al-Firdaus
Bersama anak-anak yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Pada hari kejadian, kami terkejut kerana kanak-kanak ini hiperaktif, nakal dan tak dengar cakap.
          Bukan satu perkara mudah nak handle kanak kanak riang ni, dan ini merupakan cabaran yang paling sukar bagi kumpulan kami untuk hadapi memandangkan ia merupakan pertama kali kami mengurus aktiviti bersama kanak kanak. Dengan kerjasama pasukan dan idea-idea kreatif yang dilontarkan, kami berjaya mengendalikan beberapa aktiviti bersama mereka, contohnya mewarna, menyanyi dalam bahasa inggeris dan bahasa arab, mengajar zikrullah dengan nyanyian dan lain lain.
          Berdasarkan pemerhatian saya, di rumah anak yatim ini mengajar saya supaya banyak bersabar dengan perangai kanak-kanak yang pelbagai kerenah dan lagak dalam mendidik mereka. Kedua, kita perlu ada gaya yang betul untuk mendidik kerana tidak semua orang mempunyai cara yang sama kerana meraka mempunyai bakat-bakat yang tersendiri.


                                                Aktiviti bersama anak yatim

SMK Presint 8(1), Putrajaya
                                Bersama pelajar dan guru SMK Presint 8(1), Putrajaya

Seterusnya, program bersama pelajar SMK Presint8(1). Sebanyak 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan pelajar tingkatan 3. Program ini bertujuan menyuntik semangat mereka untuk terus belajar sehingga peringkat tertinggi.
          Program kami dimulakan dengan suai kenal atau ice-breaking. Seterusnya, motivasi yang disampaikan oleh saudara Amir Royadie. Aktiviti berunsurkan kejuruteraan juga telah kami sertakan dalam program ini bagi memperkenalkan mereka ke alam kejuruteraan. Antara aktivitinya ialah membina menara tertinggi menggunakan botol dan salotpe dan membina tempat tinggal menggunakan surat khabar.
         Menjadi kebiasaan para pelajar berasa malas untuk belajar, jadi sepanjang program berlangsung, kesemua sukarelawan ditugaskan menggesa dan menasihati pelajar-pelajar agar tidak berhenti belajar separuh jalan kerana masih jauh lagi perjalanan untuk mereka tempuhi.
        Di sekolah ini, ia mengajar saya untuk menggunakan perkataan dan metadologi yang betul dalam memberikan arahan. Saya juga harus bersikap positif untuk istiqamah dalam memberi nasihat kepada mereka. Saya juga berharap mereka akan terus melakar kejayaan di masa hadapan.

                                                                      Aktiviti menara tertinggi
 Bangunan yang memenangi membina kediaman menggunakan surat khabar

FASA III : SELEPAS 

Kursus ini banyak mengajar saya dalam pelbagai perkara. Antaranya, ia mengasah bakat kepimpinan dalam diri saya dan melatih saya berfikir secara kritis dan kreatif. Ia juga banyak mengajar saya supaya banyak bersabar dan sentiasa positif dalam membuat sesuatu perkara. Ia juga mengajar saya, kerjasama dalam pasukan amat penting dalam menjayakan sesuatu.
              Selain itu, didikan agama haruslah diterapkan sejak kecil agar mereka rohani mereka terus terdidik dan menjadi insan mulia kelak. Seperti di rumah anak yatim Al-Firdaus, mereka semua telah dididik dengan didikan agama. Di samping itu, kita haruslah menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh generasi akan datang. Sebagai contoh, para sukarelawan menjadi tauladan kepada pelajar SMK Presint 8(1).

Kesimpulannya, saya amat berbangga dan berterima kasih dengan kesemua ahli kumpulan saya kerana memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan kursus GIG1005 : Jalinan Masyarakat. Saya juga berharap agar kursus ini dapat diteruskan di Universiti Malaya kerana banyak nilai murni yang akan diperoleh oleh graduan-graduan. 


Penghargaan dan sumbangan diberikan kepada pihak rumah anak yatim dan SMK Presint 8(1)

Ahli Kumpulan Khomsatun

REFLEKSI DIRI: SALEHUDDIN


Nama                   : Muhamad Salehuddin bin Mohd Soror
No. Matriks         : KIG160068

Assalammualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Sebagai salah seorang penulis blog ini merangkap salah seorang ahli kumpulan 'Khomsatun', iaitu salah satu kumpulan projek bagi subjek GIG1005 Jalinan Masyarakat sesi 16/17, banyak perkara yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Di mana banyak peristiwa jerih perih pahit manis yang kami lalui bersama bagi menjayakan projek kami yang terulung ini. Maka, dijemput saudara saudari untuk mengamati cerita kami sambil menyelami kisah kami yang menarik ini.

FASA PERANCANGAN:

Semasa dalam proses perancangan, pelbagai pendapat dan idea bernas yang telah dilontarkan oleh semua ahli kumpulan kami. Banyak rumah amal dan agensi-agensi yang berkaitan telah kami hubungi untuk menawarkan diri kami bagi menjalankan program ataupun melakukan sebarang kerja volunteerisme. Hatta, kami sebulat suara telah bersetuju untuk melaksanakan program kami di dua tempat ini iaitu Rumah Amal Al-Firdaus yang terletak di Shah Alam, Selangor dan juga di SMK Presint 8(1), Putrajaya.

FASA SEMASA:

Lokasi kami yang pertama ialah Rumah Amal Al-Firdaus. Setibanya kami di lokasi, kami tidak menyangka anak-anak yang berumur antara lingkungan 4-6 tahun di rumah tersebut amatlah kecil, dan bertenaga. Terdapat segelintir daripada mereka tergolong daripada kanak-kanak yang hiperaktif. Oleh sebab itu, agak sukar bagi kami untuk mengawal tingkah laku kesemua mereka yang berjumlah 40 orang kesemuanya. Bagi mengatasi masalah tersebut, kami bersama-sama memirkan solusi yang terbaik dan sesui bagi mereka. Setelah itu, kami telah mendapat satu idea dimana apabila mana-mana antara kami menyebut "Al-Firdaus!", mereka perlu menyahut "Saayang Allah!". Dengan cara itu, suasana yang riuh-rendah dan agak tidak terkawal akan terus senyap dan lebih mudah dikawal. Setelah kami mengajar akan perkara itu kepada mereka, semua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Program kami di rumah tersebut berlangsung selama 3 hari. Bermula dari pagi hingga ke petang, sepanjang 8 jam termasuk perjalanan pergi dan balik.


Semasa aktiviti membalut 'mumia' menggunakan tisu.

Solat asar bersama.


Seterusnya, bergerak kepada lokasi kami yang kedua iaitu SMK Presint 8(1), Putrajaya. Program ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 4 sekolah tersebut di mana mereka baru sahaja tamat menjalani peperiksaan akhir tahun dan bakal menjadi calon SPM pada tahun hadapan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi motivasi SPM dan Pra-Universiti, membina menara menggunakan botol dan salotape, membina khemah menggunakan surat khabar, dan sesi refleksi. Semua aktiviti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. para pelajar juga memberikan kersama yang baik semasa program dijalankan.

Khemah surat khabar yang masih dalam proses pembinaan.


FASA SELEPAS:

Setelah tamatnya program kami ini dengan jayanya, saya sebagai salah seorang ahli kumpulan ini amatlah berbangga dengan prestasi dan kejayaan kami bersama dalam menyempurnakan projek kami ini. Pelbagai perkara dan nilai-nilai murni serta pengajaran yang saya perolehi sepanjang program ataupun projek ini berlangsung. Teras utama dalam menjalankan sesuatu perkara ialah semangat kerjasama sepasukan serta tolak ansur antara ahli kumpulan masing-masing. Saya juga dapat mempertingkatkan kebolehan diri saya dalam berinteraksi dengan orang luar tak emngira umur, kaum mahupun agama. Konklusinya, Projek GIG1005 Jalinan Masyarakat ini merupakan satu platform yang sangat berguna bagi mahasiswa dan mahasiswi untuk memertingkatkan kebolehan bertinterkasi  dengan ramai orang dan menyeslesaikan masalah dalam segala keadaan dan situasi.


Sekian saja daripada saya. Terima kasih kerana sudi membaca. =D

REFLEKSI DIRI : NABEEHAN

                 
NAMA : MEOR MOHAMAD NABEEHAN AZIM BIN YAHYA
NO. MATRIKS : KIG160041



Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana kami telah berjaya menyiapkan tugasan kami untuk kursus GIG1005, Jalinan Masyarakat ini. Pada mulanya apabila saya ditugaskan bersama kumpulan ini, saya berasa agak kekok dalam menjalankan tugas bersama ahli kumpulan ini kerana tidak mengenali antara satu sama lain. Di sini saya dapat satu pengajaran bahawa walaupun kami hanya berkenalan dalam tempoh kurang daripada 3 bulan, namun kami tetap berjaya melakukan aktiviti jalinan masyarakat ini dengan jayanya.


FASA PERANCANGAN :

 Setelah beberapa kali membuat perbincangan bersama ahli kumpulan kami (Khamsatun), kami telah sebulat suara ingin menjalankan aktiviti bersama anak yatim. Kami telah menghubungi sebuah rumah anak yatim yang terletak berdekatan Tasik Titiwangsa, namun setelah berbincang dengan bahagian pengurusan rumah itu, tiada tarikh yang sesuai dengan kehendak kami. Setelah itu kami telah menghubungi rumah anak- anak yatim Amal Al-Firdaus yang terletak di Denai Alam,Shah Alam. Pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut bersetuju untuk membenarkan kami menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak di rumah tersebut. Dalam masa yang sama juga, kami juga telah bersetuju untuk menjalankan program bersama pelajar tingkatan 4, Sekolah Menegah Kebangsaan Presint 8(1) , Putrajaya bersama kumpulan 12.


FASA SEMASA :

Setibanya kami di rumah anak yatim Amal Al-Firdaus, kami berasa agak terkejut apabila kami harus berhadapan dengan kanak-kanak kecil yang pastinya nakal dan hiperaktif. Untuk mengawal kanak-kanak yang berjumlah 40 orang bukanlah satu kerja yang mudah. Kerenah kanak-kanak ini yang pelbagai ragam membuatkan kami agak sukar untuk mengawal mereka walaupun kami berjumlah 10 orang. Kami memulakan aktiviti kami dengan sedikit sesi pengenalan bersama kanak-kanak di situ. Segala aktiviti yang dirancang sebelum ini berjalan dengan lancar walaupun agak sukar kami menarik perhatian kanak-kanak ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti mewarna, menghafal Dua Kalimah Shahadah menggunakan pendekatan muzik, dan membuat roket kertas. Melalui aktiviti jalinan masyarakat di rumah Amal Al-Firdaus ini saya dapat pelajari bahawa untuk mengawal dan mengalih perhatian kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 4-6 tahun ini bukanlah satu perkara mudah kerana ia memerlukan kesabaran yang amat tinggi dan teknik yang berkesan. 


Seterusnya ialah Program Bersama Pelajar Tingkatan 4, SMK Presint 8(1), Putrajaya. Mereka ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir tahun dan bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun berikutnya. Tujuan program kami ini adalah untuk memberi sedikit suntikan semangat dan dedikasi kepada mereka bagi menghadapi SPM dan alam pra-universiti. Dimulakan dengan sedikit aktiviti "ice-breaking" dan seterusnya disambung dengan ceramah motivasi SPM dan Pra-Universiti yang disampaikan oleh salah seorang ahli kumpulan 12. Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Setelah itu disambung pula dengan aktiviti membina menara tertinggi menggunakan botol dan solatape dan yang terakhir ialah aktiviti membina tempat tinggal menggunakan surat khabar. Perasaan malas dan memandang remeh tentang SPM sentiasa ada dalam diri seorang pelajar seperti mereka. Melalui program bersama pelajar tingkatan 4 ini, sedikit sebanyak telah membantu para pelajar ini bagi menghadapi SPM dan memilih hala tujuan yang tepat setelah tamat SPM. Di sini saya dapat mengimbau kenangan bagaimana saya berada di tempat para pelajar tingkatan 4 ini ketika saya di sekolah dahulu. Metod yang berkesan amatlah penting untuk menarik minat mereka ini untuk menyambung pelajaran mereka ke alam universiti terutamanya di Universiti Malaya. Sedikit rasa bangga sekiranya dapat melihat mereka ini menyambung pelajaran di Universiti Malaya.




Bersama pelajar-pelajar tingkatan 4 SMK Presint 8(1) Putrajaya





FASA SELEPAS :

Pelbagai perkara yang membuka mata saya ketika melakukan aktiviti jalinan masyarakat ini. Antaranya ialah pentingnya pendidikan agama yang perlu diterapkan dalam kalangan kanak-kanak kecil ini agar akidah mereka terhadap agama menjadi kukuh apabila mereka dewasa kelak. Walaupun anak yatim ini tidak mempunyai ibu bapa yang sepatutnya memberikan didikan agama kepada mereka, namun begitu kita haruslah menghulurkan tangan bagi memberikan sedaya upaya kita bagi memberikan didikan agama kepada mereka. Di samping itu, komunikasi yang baik antara manusia memainkan peranan besar dalam menjayakan aktiviti jalinan masyarakat ini terutamanya ketika berbincang dengan pihak pengurusan sesuatu tempat dan ketika menjalankan aktiviti tersebut bersama kanak-kanak ini dan para pelajar tingkatan 4 di SMK Presint 8(1), Putrajaya. Saya berharap agar kursus ini terus diwajibkan kepada para mahasiswa agar nilai-nilai murni dapat dipelari dan pengalaman yang amat berharga seperti ini dapat diperolehi.










Tuesday, 13 December 2016

Self Reflection : Haikal




Name : Wan Muhammad Haikal Bin Wan Abdul Ghafar

Matrics Number : KIG160119



Refleksi

Syukur alhamdulillah kerana kumpulan kami telah berjaya menyiapkan tugasan kami untuk kursus GIG1005, Jalinan Masyarakat ini.

FASA PERANCANGAN :

Kumpulan kami sering kali mengadakan perbincangan kami di perpustakaan utama Universiti Malaya. Di sana, kami telah memikirkan tentang aktiviti yang sesuai untuk dilakukan. Setiap ahli kumpulan kami masing-masing banyak memberikan cadangan yang bernas. Contohnya melakukan aktiviti sukarela di zoo atau membersihkan air terjun atau menjadi sukarelawan di Petrosains KlCC. Kami semua telah menghubungi (telefon dan emel) tempat-tempat tersebut tetapi pelbagai masalah telah timbul. Antaranya ialah, kuota sukarelawan telah penuh contohnya di zoo dan tidak mendapat balas dari pihak mereka. Namun kami tidak putus asa. Setelah beberapa kali membuat perbincangan bersama ahli kumpulan kami, kami telah sebulat suara ingin menjalankan aktiviti bersama anak yatim. Kami telah menghubungi sebuah rumah anak yatim yang terletak berdekatan Tasik Titiwangsa. Kami telah pergi ke tempat itu untuk berbincang dengan bahagian pengurusan rumah itu dan juga untuk melihat kawasan sekeliling rumah itu untuk merancang aktiviti yang sesuai untuk dibuat di rumah itu. Namun setelah berbincang dengan bahagian pengurusan rumah itu, tiada tarikh yang sesuai dengan kehendak kami. Setelah itu kami telah menghubungi rumah anak- anak yatim Amal Al-Firdaus yang terletak di Denai Alam,Shah Alam. Pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut bersetuju untuk membenarkan kami menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak di rumah tersebut selama 3 hari iaitu 8 jam sehari.


Dalam masa yang sama juga, kami juga telah bersetuju untuk menjalankan program bersama pelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8(1), Putrajaya bersama kumpulan 12. Sebelum pergi ke sekolah itu, kami telah berjumpa dan mengadakan simulasi tentang aktiviti yang ingin dijalankan di sekolah itu.


Saya ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan saya kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik untuk meluangkan masa berjumpa dan mengadakan perbincangan kerana saya tahu kami semua sangat sibuk dengan subjek-subjek lain dan juga dengan projek-projek kolej. Saya juga ingin berterima kasih kepada kumpulan 12 kerana membenarkan kami untuk mengadakan tugasan ini bersama-sama dengan mereka.


FASA SEMASA :


Kami telah menggunakan dua kereta kepunyaan ahli kumpulan kami untuk pergi ke rumah anak yatim Amal Al-Firdaus. Setibanya kami di rumah anak yatim Amal Al-Firdaus, kami berasa agak terkejut apabila kami harus berhadapan dengan kanak-kanak kecil yang sangat nakal dan susah dikawal. Walaupun kami berjumlah 10 orang, agak sukar untuk kami menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari kami di situ ialah aktiviti mewarna, melukis, menghafal dua kalimah syahadah menggunakan pendekatan muzik, membuat roket kertas dan membuat mumia menggunakan tisu. Tujuan kami memilih untuk pergi ke rumah ini adalah untuk membantu dan membimbing kanak-kanak ini dalam pembelajaran. Tetapi agak sukar untuk menarik perhatian kanak-kanak ini kerana mereka semua berada dalam lingkungan 4-6 tahun. Jadi kami mengadakan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan cara yang menarik iaitu menyelit unsur-unsur permainan.




Seterusnya ialah Program Bersama Pelajar Tingkatan 4 di SMK Presint 8(1), Putrajaya. Mereka ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir tahun dan bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun berikutnya. Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk memberi bimbingan dan sedikit suntikan semangat kepada mereka bagi menghadapi SPM dan alam pra-universiti di samping meluaskan daya kreativiti mereka. Kami memulakan hari itu dengan sesi ice-breaking. Kami telah membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan dan telah menugaskan beberapa orang fasilitator untuk setiap kumpulan. Semasa sesi itu, saya sempat juga untuk menceritakan pengalaman dan pencapaian saya kepada kumpulan saya. Seterusnya disambung dengan ceramah motivasi SPM dan Pra-Universiti yang disampaikan oleh salah seorang ahli kumpulan 12. Kemudian kami telah mengadakan satu aktiviti iaitu mereka perlu memberikan arahan tanpa bercakap. Setelah itu disambung pula dengan aktiviti membina menara tertinggi menggunakan botol.Yang terakhir ialah aktiviti membina tempat tinggal menggunakan surat khabar. Melalui program bersama pelajar tingkatan 4 ini sedikit sebanyak telah membantu para pelajar membangunkan soft skills mereka dan juga memupuk minat mereka terhadap bidang kejuruteraan.






FASA SELEPAS :


Saya telah mempelajari pelbagai perkara penting ketika melakukan aktiviti jalinan masyarakat ini. Antaranya ialah cara untuk melayan anak-anak yatim. Kita haruslah bersikap tegas supaya mereka dengar perkara yang kita cakap tetapi pada masa yang sama bersikap penyayang terhadap mereka. Pada mulanya agak sukar tetapi kami berjaya melakukannya sehingga pada saat akhir kami berasa sedih untuk tinggalkan mereka.

Di samping itu, saya belajar untuk bercakap di khalayak ramai dengan lebih yakin. Hal ini kerana kami perlu nampak yakin supaya mereka semua dengar arahan kami terutamanya pelajar-pelajar tingkatan 4 SMK Presint 8. Saya juga belajar tentang pentingnya sikap bekerjasama dalam kumpulan kerana jika tidak aktiviti-aktiviti yang kami rancang sudah tentu tidak akan berjalan dengan jayanya. Selain itu, daripada pemerhatian saya terhadap pelajar-pelajar sekolah itu saya rasa bahawa sikap bersedia untuk menghadapi cabaran sangat penting untuk setiap individu


Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa subjek ini merupakan subjek yang amat bagus kerana boleh meningkatkan jati diri kami dan subjek ini juga boleh menjadi salah satu perantaraan untuk pelajar-pelajar IPTA untuk berkhidmat dan menyedarkan masyarakat dan pada masa yang sama mendorong mereka untuk menyertai dunia kejuruteraan.

Monday, 12 December 2016

Self Reflection: Dayang





Name: Dayang Zainatull Nur Souraya bt Abg Zulkarnain
Matrics Number: KIF160003




REFLECTION


During our process of planning out the events, we went through a lot of trouble to figure out each other's schedules because it was difficult to find dates where everyone was free. It was stressful and we were beginning to blame each other for the lack of progress, but after a lot of thought we decided to be considerate towards each other's times and we split our activities into separate weeks. This issue shows that a lot can be so easily solved from putting each other's needs into consideration.








The first location which we agreed upon is 'Rumah Amal Al-Firdaus'. I learned a lot from visiting this place because, getting there in the first place was quite a task because it's located all the way in Denai Alam, and we live all the way in Campus in Kuala Lumpur (where we aren't allowed to bring our own vehicles for the first year) but we got it all sorted out, so this itself taught us to be able to patiently find solutions. 

Next is from seeing the children there. This showed me tolerance, because from what I've heard, these children have gone through a lot, and at such a young age. However, they seemed so happy and grateful over what they have, whereas a lot of us are complaining over such petty things. Being surrounded by these kids really touched my heart and taught me to be more appreciative over everything, even the little things.








Our next location is SMK Presint 8. It was so fun being there, as it made me feel nostalgic and it made me miss being in school. It's true when they say that you only miss something once you can no longer have it. Anyway, being a facilitator to the students here made me realize one thing: nothing is difficult if you're really willing to learn. We held activities which would be considered 'challenging' to students around the SMK level, however we didn't see them complaining at all. They seemed very excited and welcomed the knowledge with open arms; which is something we tend to forget daily.


Experiencing these activities really made me realize a lot of things, and I hope we can apply the positive attributes that we've picked up from these activities into our daily lives.

REFLEKSI DIRI AZI

NAMA : NUR HAZIQAH BINTI MOHD YUSOF
MATRIK : KIF160035

FASA PERANCANGAN
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Pada peringkat awal projek jalinan masyarakat ini dijalankan, kumpulan saya telah berkumpul dan berbincang mengenai tempat-tempat yang kami ingin lawati bagi menjalankan projek ini. Banyak tempat yang telah kami hubungi dan hampir kesemuanya tidak dapat menerima kehadiran kami di atas masalah masalah yang tertentu. Akhirnya, kami memilih untuk pergi ke rumah anak- anak yatim Amal Al-Firdaus yang terletak di Denai Alam,Shah Alam dan Sekolah Menegah Kebangsaan Presint 8 ( 1 ) , Putrajaya.

FASA SEMASA 
Pada hari pertama, kami telah berkumpul di Kolej Kediaman Kedua sebelum memulakan perjalanan ke rumah anak-anak yatim Amal Al-Firdaus. Perjalanan ke sana mengambil masa selama setengah jam. Kami telah tiba di destinasi kira-kira jam 7.45 pagi. Kedatangan kami ke rumah anak yatim itu diterima dengan baik sekali. Kanak-kanak di situ sangat gembira melihat kedatangan kami. Apabila melihat wajah kanak-kanak di rumah anak yatim, saya merasa amat sedih mengenangkan yang mereka sudah kehilangan ibu bapa mereka di usia semuda itu. Saya merasakan yang kami patut bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa dan masih lagi mempunyai tempat untuk mengadu dan berkasih sayang.
Seterusnya, kami memulakan aktiviti pertama kami. Aktiviti pertama kami ialah aktivti mewarna. Kanak-kanak sangat suka mewarna.Pada pendapat kami, aktivti mewarna dapat mengajar kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. Untuk menjadi seorang jurutera yang baik, seseorang itu haruslah mempunyai minda yang kreatif dan berinovatif.
Ini merupakan gambar semasa aktivti mewarna sedang dijalankan.

Kanak-kanak di rumah anak yatim itu mewarna dengan bersungguh-sungguh.
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kami berkunjung ke rumah anak-anak yatim Amal Al-Firdaus ini.
Selepas rehat, kami telah bermain permainan bersama sama dengan anak-anak di rumah anak yatim ini. Kami telah bertolak balik ke UM pada pukul 5 petang.
Kami telah pergi ke rumah anak yatim ini sebanyak tiga kali dan kami telah menyiapkan tugasan kami selama 24 jam di rumah anak yatim ini.
Ini merupakan gambar ahli kumpulan kami bersama-sama dengan pengurus Rumah Amal Al-Firdaus.

Seterusnya, untuk 8 jam yang terakhir, kami telah berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 ( 1 ) di Putrajaya. Di sini, kami telah mengadakan aktiviti bersama-sama dengan pelajar tingkatan 4.Kami telah melakukan pelbagai aktiviti yang menarik. Antaranya ialah, aktiviti membina bangunan menggunakan surat khabar sahaja. Di sini kami dapat lihat bahawa pelajar-pelajar tersebut amat kreatif dan mereka mampu menyiapkan bangunan tersebut dalam waktu yang diberikan.

Ini merupakan contoh-contoh bangunan yang dibina oleh pelajar-pelajar tersebut. 
Setelah selesai semua aktiviti di sekolah tersebut, kami pun bertolak balik ke Universiti Malaya
Ini merupakan gambar ahli kumpulan kami semasa berada di SMK Presint 8 ( 1 )  , Putrajaya

FASA SELEPAS

Kesimpulannya, saya dan ahli kumpulan saya telah memperoleh banyak pengalaman yang menarik. Kami juga dapat memberi pengajaran kepada diri kami sendiri untuk lebih bersikap bersyukur semasa kunjungan kami ke rumah anak-anak yatim Amal Al-Firdaus itu. Kami juga telah berpuas hati dengan usaha kami untuk berbuat kebaikan kepada masyarakat, memberi kasih sayang kepada yang memerlukan, meluangkan masa dan tenaga kami untuk membantu insan-insan yang memerlukan. Kami juga telah menerapkan sedikit sebanyak mengenai kursus kejuruteraan ini kepada masyarakat semasa projek jalinan masyarakat ini dijalankan. Saya merasa amat gembira kerana projek jalinan masyarakat ini berjalan dengan lancar dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan kumpulan saya yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk menyelesaikan projek jalinan masyarakat ini sebaik mungkin.







SELF REFLECTION: ANDEE



Name: Andee Faeldza B Dziaudin
Matric Number: KIG 160015


Reflection:

Planning phase:


At first I thought that doing social engagement task would be a hassle. But as I was doing the volunteering work, I realised that it can be a transformative experience for me. At first, we dont know where we'll do our volunteering work. Then after a couple of weeks, we decided to go to two places, which are Al-Firdaus Orphanage and SMK Presint 8. Firstly, I would like to thanks to our supervisor, Dr Farazila Bt. Yusof who gave us advice on how to do our program. Next I would like to thanks my group member who give cooperation to make our social engagement successfully. 

Day of the Event:
From this volunteering program, it teaches me to not give up in doing something. Before, when I fail in doing something, I will give up easily. But after seeing the children at the orphanage, even though we gave a hard task to them despite their age, they still overcome it and succeed at the end. Same goes as the students at SMK Presint 8, all of them work hard without a hint of giving up doing the task that we assigned to them.

Other than that, I learn to be more appreciative towards my parents. When I see the children at the orphanage, I thought to myself of how hard it is to lose your parents. For them, they lose their parents at a very young age. Even though they receive a lot of love from their teachers and the people around them, that love cannot ever replace the love of their parents. This made me realise on how much I have disobeyed my parents and I want to change that and give them the love that they deserve.
Al-Firdaus Orphanage

Next, I learned to be an optimistic person. When we were doing activities with the students of SMK Presint 8, there are some groups that cannot do what has been told and some of them in the group has given up, but there is always someone in the group who encourage the other members and at the very last minute they succeeded in the task.

 What other thing that I learned at SMK Presint 8 were the willingness to learn new things. When we teach something new at the students, they feel excited and never reject when they have to learn new things. When we teach them about the application of engineering, all of them excited and ready to learn about engineering.
     
         SKM Presint 8

End Phase:
When I was searching online about the ways of volunteering, there was a sentence that caught my eye which is ‘Volunteering is not a career, but it is a curriculum and a culture we must continue to spread.’. For me, I totally agree with this statement. Although volunteering is helping someone without even getting a reward, but it gives us something that is much more precious, which is it teaches us to be a better human being.


For the past few days of volunteering at both of this places, I felt a sense of satisfaction. This is because at both of these places they welcome us with open arms and I have gain a lot of unforgettable memory with them. I hope someday in the future I will have another opportunity to do volunteer work. I also encourage others to do volunteer work so that this world will be a better place to live in. 
Group Photo