Wednesday, 14 December 2016

Refleksi Diri : Madkemal

NAMA:MUHAMMAD AKMAL BIN YUSOF
NO MATRIKS: KIH 160023

Assalamualaikum w.b.t bagi saya, program Jalinan Masyarakat ini merupakan medium terbaik buat mahasiswa bagi mendekatkan diri dengan masyarakat. Beruntungnya kami kerana diberi peluang untuk membuat program ini di rumah anak yatim amal al firdaus dan smk presint 8 yang mana ini adalah pengalaman pertama saya menjadi fasilitator. Dan apa yang paling penting ialah saya dan sahabat-sahabat saya dapat berkongsi pengalaman sebagai seorang pelajar, memberi galakan serta menyampaikan maklumat kepada adik-adik di rumah amal al firdaus dan smk presint 8 . Banyak yang kami lalui sepanjang menjalani program ini.

Fasa Perancangan:
             Sebelum melaksanakan projek Jalinan Masyarakat di rumah anak- anak yatim Amal Al-Firdaus yang terletak di Denai Alam,Shah Alam dan Sekolah Menegah Kebangsaan Presint 8 ( 1 ) , Putrajaya. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri dalam sesuatu tugas yang telah diberikan. Namun, terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi sepanjang proses ini seperti pihak  Rumah Anak Yatim Titian Kasih di Titiwangsa  telah menolak permohonanan kami untuk menjalankan projek jalinan masyarakat di sana kerana ketiadaan pelajar. Justeru kami telah mengambil beberapa inisiatif yang lain untuk menyelesaikan isu tersebut.Kami telah menghubungi beberapa rumah anak yatim yang lain dan kami amat bernasib baik kerana rumah anak-anak yatim Amal Al Firdaus telah bersetuju untuk menerima kehadiran kami.Seterusnya kami telah bersetuju untuk bergabung tenaga dengan kumpulan 1 (12forces) untuk menjalankan projek jalinan masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan presint 8 (1) , Putrajaya.

Fasa Semasa:
Pertama kali kami sampai di rumah anak- anak yatim Amal Al-Firdaus,kami berasa amat terkejut melihat kanak-kanak yang berumur lingkungan 4 hingga 6 tahun kerana usia mereka yang masih kecil tetapi sudah tiada ibu bapa.Setelah bersuai kenal dengan adik-adik di rumah tersebut,lantas kami terus membahagikan mereka ke dalam 4 kumpulan.Setiap kumpulan mempunyai 10 orang pelajar dan 2 orang fasilitator dari kumpulan kami sendiri.

Antara aktiviti yang kami jalankan adalah mewarna,membalut mumia,menonton cerita kartun,menyanyi dan belajar menulis ABC.Pada mulanya memang agak payah untuk mengawasi mereka namun lama kelamaan mereka mudah untuk membuka hati mereka kepada kami seakan dahagakan kasih sayang.


                                          hasil mewarna oleh kanak-kanak di rumah amal al firdaus


                                        kanak-kanak sedang khusyuk menonton cerita kartun 


                                             Gambar bersama kanak-kanak sebelum pulang

Seterusnya,kami telah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 ( 1 ) , Putrajaya untuk menjalankan projek jalinan masyarakat ini.Kami telah bergabung tenaga dengan kumpulan 1 untuk melakukan aktiviti di sana.Kumpulan kami telah bersetuju dengan pihak sekolah tersebut untuk menjalankan projek jalinan masyarakat ini kepada pelajar tingkatan 4.Kami juga telah membahagikan pelajar sekolah tersebut kepada beberapa kumpulan. Antara aktiviti yang telah kami jalankan adalah pembinaan Menara menggunakan botol dan pita pelekat,latihan mendengar serta memberi arahan dan membina bangunan berkonsepkan tempat tinggal menggunakan surat khabar. 


                                        aktiviti membina bangunan berkonsepkan tempat tinggal


                                                  Bergambar bersama pelajar sekolah presint 8 

Fasa selepas

              Setelah menghabiskan tempoh masa 32 jam di rumah anak-anak yatim amal al firdaus dan SMK Presint 8 (1),Putrajaya , saya  amat menghargai setiap detik yang berlaku di sana.Selepas menjalani projek ini saya telah bermuhasabah diri mengenangkan nasib anak- anak di rumah amal al firdaus.Mereka masih kuat untuk meneruskan cita-cita mereka walaupun sudah kehilangan ibu atau bapa.
Seterusnya, bukan senang untuk mendapat peluang untuk bercampur dan bersama  rakan-rakan sekelas dalam mengendalikan banyak perkara untuk mencapai objektif apa yang telah kami rancang. Banyak ilmu dan pengalaman telah saya peroleh daripada projek ini.saya lebih yakin untuk bercakap di khalayak ramai.
 Setelah berakhirnya program Jalinan Masyarakat ini, kami sedar bukan sahaja kita perlu menjalin dan menjaga hubungan sesama masyarakat, malah hubungan antara kami rakan sekelas juga bertambah rapat.Saya amat berharap supaya saya diberi peluang untuk meneruskan aktiviti kemasyarakatan seperti ini pada masa akan datang



                                      Gambar ahli kumpulan kami bersama penjaga rumah amal al firdaus


                                                          #KHOMSATUN4LYFE

No comments:

Post a Comment