Monday, 12 December 2016

REFLEKSI DIRI AZI

NAMA : NUR HAZIQAH BINTI MOHD YUSOF
MATRIK : KIF160035

FASA PERANCANGAN
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Pada peringkat awal projek jalinan masyarakat ini dijalankan, kumpulan saya telah berkumpul dan berbincang mengenai tempat-tempat yang kami ingin lawati bagi menjalankan projek ini. Banyak tempat yang telah kami hubungi dan hampir kesemuanya tidak dapat menerima kehadiran kami di atas masalah masalah yang tertentu. Akhirnya, kami memilih untuk pergi ke rumah anak- anak yatim Amal Al-Firdaus yang terletak di Denai Alam,Shah Alam dan Sekolah Menegah Kebangsaan Presint 8 ( 1 ) , Putrajaya.

FASA SEMASA 
Pada hari pertama, kami telah berkumpul di Kolej Kediaman Kedua sebelum memulakan perjalanan ke rumah anak-anak yatim Amal Al-Firdaus. Perjalanan ke sana mengambil masa selama setengah jam. Kami telah tiba di destinasi kira-kira jam 7.45 pagi. Kedatangan kami ke rumah anak yatim itu diterima dengan baik sekali. Kanak-kanak di situ sangat gembira melihat kedatangan kami. Apabila melihat wajah kanak-kanak di rumah anak yatim, saya merasa amat sedih mengenangkan yang mereka sudah kehilangan ibu bapa mereka di usia semuda itu. Saya merasakan yang kami patut bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa dan masih lagi mempunyai tempat untuk mengadu dan berkasih sayang.
Seterusnya, kami memulakan aktiviti pertama kami. Aktiviti pertama kami ialah aktivti mewarna. Kanak-kanak sangat suka mewarna.Pada pendapat kami, aktivti mewarna dapat mengajar kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. Untuk menjadi seorang jurutera yang baik, seseorang itu haruslah mempunyai minda yang kreatif dan berinovatif.
Ini merupakan gambar semasa aktivti mewarna sedang dijalankan.

Kanak-kanak di rumah anak yatim itu mewarna dengan bersungguh-sungguh.
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kami berkunjung ke rumah anak-anak yatim Amal Al-Firdaus ini.
Selepas rehat, kami telah bermain permainan bersama sama dengan anak-anak di rumah anak yatim ini. Kami telah bertolak balik ke UM pada pukul 5 petang.
Kami telah pergi ke rumah anak yatim ini sebanyak tiga kali dan kami telah menyiapkan tugasan kami selama 24 jam di rumah anak yatim ini.
Ini merupakan gambar ahli kumpulan kami bersama-sama dengan pengurus Rumah Amal Al-Firdaus.

Seterusnya, untuk 8 jam yang terakhir, kami telah berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 ( 1 ) di Putrajaya. Di sini, kami telah mengadakan aktiviti bersama-sama dengan pelajar tingkatan 4.Kami telah melakukan pelbagai aktiviti yang menarik. Antaranya ialah, aktiviti membina bangunan menggunakan surat khabar sahaja. Di sini kami dapat lihat bahawa pelajar-pelajar tersebut amat kreatif dan mereka mampu menyiapkan bangunan tersebut dalam waktu yang diberikan.

Ini merupakan contoh-contoh bangunan yang dibina oleh pelajar-pelajar tersebut. 
Setelah selesai semua aktiviti di sekolah tersebut, kami pun bertolak balik ke Universiti Malaya
Ini merupakan gambar ahli kumpulan kami semasa berada di SMK Presint 8 ( 1 )  , Putrajaya

FASA SELEPAS

Kesimpulannya, saya dan ahli kumpulan saya telah memperoleh banyak pengalaman yang menarik. Kami juga dapat memberi pengajaran kepada diri kami sendiri untuk lebih bersikap bersyukur semasa kunjungan kami ke rumah anak-anak yatim Amal Al-Firdaus itu. Kami juga telah berpuas hati dengan usaha kami untuk berbuat kebaikan kepada masyarakat, memberi kasih sayang kepada yang memerlukan, meluangkan masa dan tenaga kami untuk membantu insan-insan yang memerlukan. Kami juga telah menerapkan sedikit sebanyak mengenai kursus kejuruteraan ini kepada masyarakat semasa projek jalinan masyarakat ini dijalankan. Saya merasa amat gembira kerana projek jalinan masyarakat ini berjalan dengan lancar dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan kumpulan saya yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk menyelesaikan projek jalinan masyarakat ini sebaik mungkin.







No comments:

Post a Comment