REFLEKSI
NAMA : MUHAMMAD HILMI BIN ADNAN
NO MATRIK : KIG160088
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua
pembaca yang dikasihi. Muhammad Hilmi bin Adnan, KIG160088. Itulah nama dan
nombor matrik si penulis entri blog ini. Terima kasih saya ucapkan kepada
sesiapa yang sudi membantu saya menjayakan projek jalinan kemasyarakatan
terutamanya coordinator kumpulan kami, Dr. Farazila Binti Yusof serta ahli kumpulan
saya dan juga kumpulan twelve forces (kumpulan 1). Tidak lupa juga saya ingin
mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang untuk mengambil subjek
jalinan kemasyarakatan dan diberi
peluang untuk berkhidmat di rumah anak yatim al-firdaus dan SMK Presint 8(1) di
Putrajaya.
Fasa Perancangan
“kanak kanak kecil sangat menyusahkan dan melecehkan” itulah
yang bermain di fikiran saya sewaktu ahli kumpulan saya mencadangkan untuk
berkhidmat di rumah anak yatim tetapi saya terus bersetuju kerana ingin melihat
sendiri dengan mata kasar tentang kelakuan dan perangai mereka. Oleh itu, saya
bercita cita ingin mengubah dan menerapkan nilai nilai murni seperti hormat
terhadap orang yang lebih tua dan sayang menyayangi antara satu sama lain.
Selain itu, kumpulan kami bersama sama dengan kumpulan 1 juga merancang untuk ke sekolah menengah di
Putrajaya dengan tujuan memberikan sedikit motivasi dan kata kata semangat untuk belajar
bersungguh sungguh dan dapat menyambung pelajaran ke menara gading seperti
Universiti Malaya serta melakukan pelbagai aktiviti yang mendorong ke arah
kejuruteraan seperti mereka dan merangka struktur bangunan agar dapat menarik
minat mereka untuk mengambil bidang kejuruteraan.
Fasa Semasa
Ternyata tanggapan awal saya terhadap kanak kanak di rumah anak
yatim itu benar dan sangat sangat benar. Setelah saya tiba di rumah anak yatim
tersebut, kami agak terkejut melihat kelakuan anak anak di situ. Mereka sangat
degil dan tidak mahu mendengar kata kata kami seolah olah kami pendatang tanpa
izin. Apabila kami meminta mereka diam dan duduk mereka akan datang kepada kami
dan memanjat manjat badan kami. Mereka seolah olah inginkan perhatian dan
sangat “super hyperactive”. Kami mula buntu kerana kelakuan mereka akan
mendatangkan banyak kesan kerana kami tidak dapat melakukan aktiviti yang
direncanakan lantas kami memikirkan bagaimana untuk menarik perhatian mereka
dan kami akhirnya mendapat ilham untuk menyelesaikan masalah besar ini. Kami meminta
mereka untuk menyahut dengan gaya dan sahutan yang tertentu apabila kami sebut
sesuatu perkara. Contohnya, kami akan sebut “AL-FIRDAUS!!!!”mereka akan jawab
“SAYANG ALLAH J”
kami sebut “AULAD” mereka jawab “HEBAT”. Langkah ini sangat berkesan untuk
menangani sikap keras kepala mereka. Selain itu, kami juga mengajar mereka
untuk bersyahadah dengan melodi yang sangat menarik. Apabila mereka mula
membuat bising, kami akan cuba mengawal keadaan dengan menyanyikan syahadah dan
secara tak sedar mereka akan bersama sama bersyahadah bersama kami. Di bawah ini saya sertakan video klip
syahadah yang kami ajar:
Apabila mereka mula mendengar kata, kami memulakan aktiviti
yang telah dibincangkan. Ahli kumpulan saya yang lain akan menceritakan dengan
lebih jelas tentang aktiviti yang dilakukan. Berikut adalah gambar gambar
aktiviti yang dilakukan :
Sewaktu
kami pergi ke sekolah menengah, kami tidak menerima sebarang masalah yang besar
tentang perbuatan dan sikap mereka. Mereka sangat mengalu alukan kedatangan
kami dan kami senang untuk berurusan dan membuat aktiviti dengan mereka. Saya
sangat seronok membuat aktiviti bersama sama mereka terutamanya aktiviti “bob
the builder” iaitu aktiviti membuat tempat tinggal menggunakan surat khabar
lama kerana anak anak buah kumpulan saya sangat memberikan kerjasama dan
bersama sama saya menyiapkan bangunan tersebut. Lebih menggembirakan lagi, kumpulan
saya memenangi aktiviti tersebut.
bangunan kumpulan saya !
Fasa selepas
Setelah saya berjaya melaksanakan kesemua projek jalinan
kemasyarakatan, saya dapat merasakan bahawa subjek ini sangat memberikan impak
yang besar terhadap saya serta ahli kumpulan yang lain.
Antaranya, sikap berani untuk bercakap di khalayak ramai
dapat saya terapkan di dalam diri saya walaupun bercakap di hadapan kanak kanak
dan pelajar yang lebih muda daripada saya. Sebelum ini, saya sangat takut untuk
tampil ke hadapan untuk bercakap. Sikap berani ini sangat penting kepada saya
pada masa akan datang kerana saya percaya pada masa hadapan lebih banyak dugaan
dan rintangan dan memerlukan saya untuk berani tampil ke hadapan. Selain itu, saya
telah mula suka dengan anak anak kecil walaupun pada mulanya saya sangat tidak
gemar bermain dengan budak kecil. Saya sedar bahawa mereka bukannya sangat
degil dan keras kepala tetapi mereka hanyalah dahagakan kasih sayang dan
memerlukan perhatian lantas kami mula mendidik dan mengajar mereka tentang adab
adab bergaul dengan semua lapisan masyarakat. Saya berharap pada masa akan
datang, mereka akan terus mengamalkan segala ajaran dan menjadi orang yang berguna dan berkhidmat
kembali kepada masyarakat. Ini adalah bukti bahawa saya telah mula bergaul dan
suka terhadap budak kecil malahan saya telah menjadikan anak kecil ini sebagai
adik angkat saya J.
nama dia Taiwak Hanis bin Abdul Hamid
Secara amnya saya dapat konklusikan bahawa aktiviti
kemasyarakatan sangat penting kepada semua lapisan masyarakat dan secara
jujurnya saya akan mengajak kawan kawan saya agar terus melakukan aktiviti
sebegini di masa lapang.
Sekian itu sahaja daripada saya. Terima kasih!
No comments:
Post a Comment