Refleksi
NAMA : MUHAMMAD HANIFFAH BIN ZAINAL
NO MATRIK : KIG160084
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan keizinannya dapat kumpulan saya menyempurnakan kursus GIG1005 Jalinan Masyarakat bagi sesi 2016/2017 dengan jayanya insyaallah. Dalam entry ini, saya akan bercerita serba sedikit tentang cabaran, dugaan dan permasalahan yang kami hadapi serta bagaimana kami mengatasinya dengan bergaya.
Fasa I : Perancangan
Pada awalnya, kami telah memilih rumah anak yatim dan ibu
tunggal Titian Kasih, Titiwangsa. Satu kumpulan kami telah mengadakan pre-visit
ke sana dan bersetuju nak menjalankan aktiviti di sana. Namun, seminggu sebelum
kami ingin menjalankan aktiviti, kami diberitahu bahawa budak-budak di sana
tidak dapat mengikuti kerana pulang ke rumah keluarga terdekat. Dengan tenang,
kami berbincang dan bermula dari awal. Ada segelintir dari ahli kumpulan kami
yang sudah hilang semangat, namun kami ahli kumpulan yang lain memberi
nasihatbagi menaikkan semangat dalam kumpulan.
Kami
bernasib baik, sehari dua kemudian, kami telah menjumpai tempat baharu iaitu
Rumah Amal Al-Firdaus, Shah Alam. Namun masalah baru timbul iaitu tidak cukup
jam, kerana kami hanya boleh buat selama 24 jam sahaja yang masih kekurangan 8
jam. Alhamdulillah, Allah swt memudahkan urusan kami kerana kami dapat
berkolaborasi dengan kumpulan Twelve Forces untuk mencukupkan jam kami iaitu 32
jam. Kami telah pergi ke SMK Presint 8(1), Putrajaya bersama kumpulan Twelve
Forces bagi memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha meneruskan
pelajaran mereka sehingga ke peringkat yang tertinggi. Di samping itu, kami juga mengadakan aktiviti
berunsur kejuruteraan sebagai contoh ‘Bob the Builder’.
Masalah
lain yang kami hadapi ialah masalah kewangan. Kami telah dijanjikan akan diberi
bantuan sebanyak RM50/orang. Sepatutnya kumpulan kami akan menerima sebanyak
RM500 bagi dana menjalankan projek. Jadi bagi menampung perbelanjaan kami, kami
telah mengutip sebanyak RM50/orang dari ahli group kami. Walaupun kami
ketiadaan duit waktu tu, tapi kami kumpul juga bagi menjayakan projek ini. Bak
kata pepatah, “jangan berumah di tepi pantai kalau takut di badai ombak.”
Fasa II : Semasa
Rumah Amal Al-Firdaus
Bersama anak-anak yatim Rumah Amal Al-Firdaus
Pada hari kejadian, kami terkejut kerana kanak-kanak ini hiperaktif, nakal dan tak dengar cakap.
Bukan satu perkara mudah nak handle kanak kanak riang ni, dan ini merupakan cabaran yang paling sukar bagi kumpulan kami untuk hadapi memandangkan ia merupakan pertama kali kami mengurus aktiviti bersama kanak kanak. Dengan kerjasama pasukan dan idea-idea kreatif yang dilontarkan, kami berjaya mengendalikan beberapa aktiviti bersama mereka, contohnya mewarna, menyanyi dalam bahasa inggeris dan bahasa arab, mengajar zikrullah dengan nyanyian dan lain lain.
Berdasarkan pemerhatian saya, di rumah anak yatim ini mengajar saya supaya banyak bersabar dengan perangai kanak-kanak yang pelbagai kerenah dan lagak dalam mendidik mereka. Kedua, kita perlu ada gaya yang betul untuk mendidik kerana tidak semua orang mempunyai cara yang sama kerana meraka mempunyai bakat-bakat yang tersendiri.
SMK Presint 8(1), Putrajaya
Bersama pelajar dan guru SMK Presint 8(1), Putrajaya
Seterusnya, program bersama pelajar SMK Presint8(1). Sebanyak 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan pelajar tingkatan 3. Program ini bertujuan menyuntik semangat mereka untuk terus belajar sehingga peringkat tertinggi.
Program kami dimulakan dengan suai kenal atau ice-breaking. Seterusnya, motivasi yang disampaikan oleh saudara Amir Royadie. Aktiviti berunsurkan kejuruteraan juga telah kami sertakan dalam program ini bagi memperkenalkan mereka ke alam kejuruteraan. Antara aktivitinya ialah membina menara tertinggi menggunakan botol dan salotpe dan membina tempat tinggal menggunakan surat khabar.
Menjadi kebiasaan para pelajar berasa malas untuk belajar, jadi sepanjang program berlangsung, kesemua sukarelawan ditugaskan menggesa dan menasihati pelajar-pelajar agar tidak berhenti belajar separuh jalan kerana masih jauh lagi perjalanan untuk mereka tempuhi.
Di sekolah ini, ia mengajar saya untuk menggunakan perkataan dan metadologi yang betul dalam memberikan arahan. Saya juga harus bersikap positif untuk istiqamah dalam memberi nasihat kepada mereka. Saya juga berharap mereka akan terus melakar kejayaan di masa hadapan.
Bangunan yang memenangi membina kediaman menggunakan surat khabar
FASA III : SELEPAS
Kursus ini banyak mengajar saya dalam pelbagai perkara. Antaranya, ia mengasah bakat kepimpinan dalam diri saya dan melatih saya berfikir secara kritis dan kreatif. Ia juga banyak mengajar saya supaya banyak bersabar dan sentiasa positif dalam membuat sesuatu perkara. Ia juga mengajar saya, kerjasama dalam pasukan amat penting dalam menjayakan sesuatu.
Selain itu, didikan agama haruslah diterapkan sejak kecil agar mereka rohani mereka terus terdidik dan menjadi insan mulia kelak. Seperti di rumah anak yatim Al-Firdaus, mereka semua telah dididik dengan didikan agama. Di samping itu, kita haruslah menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh generasi akan datang. Sebagai contoh, para sukarelawan menjadi tauladan kepada pelajar SMK Presint 8(1).
Kesimpulannya, saya amat berbangga dan berterima kasih dengan kesemua ahli kumpulan saya kerana memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan kursus GIG1005 : Jalinan Masyarakat. Saya juga berharap agar kursus ini dapat diteruskan di Universiti Malaya kerana banyak nilai murni yang akan diperoleh oleh graduan-graduan.
Penghargaan dan sumbangan diberikan kepada pihak rumah anak yatim dan SMK Presint 8(1)
Ahli Kumpulan Khomsatun
No comments:
Post a Comment