Wednesday, 14 December 2016





MUHAMAD FAUZAN BIN ABDULLAH
KIG160064

FASA PERANCANGAN
assalamualaikum dan salam sejahtera, kami menubuhkan kumpulan ini secara spontan bagi mencukupkan ahli walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, kami tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama untuk menjalankan projek ini. Kami mengadakan beberapa perjumpaan bagi membincangkan perkara yang berkaitan projek ini serta masalah yang kami hadapi sebelum menjalankan aktiviti.Alhamdulillah segala perancangan berjaya dilakukan secara rapi.

FASA SEMASA
Hari pertama merupakan hari yang sangat mengujakan buat kami semua kerana dapat pergi ke rumah amal Al-firdaus dan dapat berjumpa dengan anak-anak yatim yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun. Mereka sangat gembira dengan kedatangan kami dan kami disambut dengan sangat baik oleh penjaga anak-anak tersebut. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama anak-anak itu berterapkan konsep kejuruteraan yang bersesuaian dengan umur mereka, salah satu daripadanya ialah membuat kapal terbang kertas yang boleh terbang paling jauh. Pertandingan ini dapat menguji kreativiti mereka serta mencetuskan idea-idea baru buat mereka. Selain daripada aktiviti yang memerlukan mereka berfikir, kami juga melakukan aktiviti yang dapat memeriahkan suasana di rumah itu bagi mengelak dari bosan. Kami bermain permainan yang diberi nama london bridge has falling down, nyanyian dan menulis abc. Kami juga mendapat sedikit kesukaran untuk menguruskan kanak-kanak terutama untuk membagi kumpulan tetapi masalah-masalah seperti berikut dapat diselesaikan dengan bantuan penjaga mereka.


kapal terbang kertas

antara lukisan kanak-kanak

Di SMK Presint 8(1), putrajaya, kami melakukan aktiviti dengan pelajar tingkatan empat di sekolah itu yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza dengan anak-anak di rumah amal Al-firdaus. Jadi, kami perlu faham dengan pemikiran mereka dan cara untuk menguruskan aktviti bersama mereka. Kerjasama yang diberi oleh pelajar di di sekolah tersebut adalah sangat baik. Kami membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan dan membuat satu pertandingan yang sangat berkait rapat dengan kejuruteraan dan kerjasama antara ahli kumpulan. Dengan hanya menggunakan kertas surat khabar dan pita pelekat untuk membuat satu struktur yang boleh memuatkan sebanyak mungkin ahli kumpulan mereka. Pertandingan tersebut dapat menunjukkan kreativiti mereka untuk membina dan memastikan struktur yang mereka bina kukuh. Dengan sedikit sebanyak aktiviti ini dapat membuka minda mereka kepada program kejuruteraan yang disediakan Universiti Malaya.

struktur rumah dari surat khabar

FASA SELEPAS
Setelah selesai khidmat masyarakat yang bertempoh 4 hari bertempat di rumah amal Al-firdaus dan SMK Presint 8(1), kami dapat belajar tentang kesukaran yang dihadapi oleh penduduk rumah Al-firdaus kerana tidak mempunyai ibu bapa untuk memberi mereka tunjuk ajar serta contoh teladan untuk mereka turuti dalam masa pembesaran. Sedikit sebanyak, program ini dapat melahirkan kesyukuran buat kami terhadap segala yang kami ada sekarang. Selain itu, program ini juga memberi kemahiran untuk menguruskan program serta meningkatkan keyakinan diri saya untuk bercakap di khalayak ramai.

No comments:

Post a Comment