Wednesday, 14 December 2016

REFLEKSI DIRI: SALEHUDDIN


Nama                   : Muhamad Salehuddin bin Mohd Soror
No. Matriks         : KIG160068

Assalammualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Sebagai salah seorang penulis blog ini merangkap salah seorang ahli kumpulan 'Khomsatun', iaitu salah satu kumpulan projek bagi subjek GIG1005 Jalinan Masyarakat sesi 16/17, banyak perkara yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Di mana banyak peristiwa jerih perih pahit manis yang kami lalui bersama bagi menjayakan projek kami yang terulung ini. Maka, dijemput saudara saudari untuk mengamati cerita kami sambil menyelami kisah kami yang menarik ini.

FASA PERANCANGAN:

Semasa dalam proses perancangan, pelbagai pendapat dan idea bernas yang telah dilontarkan oleh semua ahli kumpulan kami. Banyak rumah amal dan agensi-agensi yang berkaitan telah kami hubungi untuk menawarkan diri kami bagi menjalankan program ataupun melakukan sebarang kerja volunteerisme. Hatta, kami sebulat suara telah bersetuju untuk melaksanakan program kami di dua tempat ini iaitu Rumah Amal Al-Firdaus yang terletak di Shah Alam, Selangor dan juga di SMK Presint 8(1), Putrajaya.

FASA SEMASA:

Lokasi kami yang pertama ialah Rumah Amal Al-Firdaus. Setibanya kami di lokasi, kami tidak menyangka anak-anak yang berumur antara lingkungan 4-6 tahun di rumah tersebut amatlah kecil, dan bertenaga. Terdapat segelintir daripada mereka tergolong daripada kanak-kanak yang hiperaktif. Oleh sebab itu, agak sukar bagi kami untuk mengawal tingkah laku kesemua mereka yang berjumlah 40 orang kesemuanya. Bagi mengatasi masalah tersebut, kami bersama-sama memirkan solusi yang terbaik dan sesui bagi mereka. Setelah itu, kami telah mendapat satu idea dimana apabila mana-mana antara kami menyebut "Al-Firdaus!", mereka perlu menyahut "Saayang Allah!". Dengan cara itu, suasana yang riuh-rendah dan agak tidak terkawal akan terus senyap dan lebih mudah dikawal. Setelah kami mengajar akan perkara itu kepada mereka, semua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Program kami di rumah tersebut berlangsung selama 3 hari. Bermula dari pagi hingga ke petang, sepanjang 8 jam termasuk perjalanan pergi dan balik.


Semasa aktiviti membalut 'mumia' menggunakan tisu.

Solat asar bersama.


Seterusnya, bergerak kepada lokasi kami yang kedua iaitu SMK Presint 8(1), Putrajaya. Program ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 4 sekolah tersebut di mana mereka baru sahaja tamat menjalani peperiksaan akhir tahun dan bakal menjadi calon SPM pada tahun hadapan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi motivasi SPM dan Pra-Universiti, membina menara menggunakan botol dan salotape, membina khemah menggunakan surat khabar, dan sesi refleksi. Semua aktiviti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. para pelajar juga memberikan kersama yang baik semasa program dijalankan.

Khemah surat khabar yang masih dalam proses pembinaan.


FASA SELEPAS:

Setelah tamatnya program kami ini dengan jayanya, saya sebagai salah seorang ahli kumpulan ini amatlah berbangga dengan prestasi dan kejayaan kami bersama dalam menyempurnakan projek kami ini. Pelbagai perkara dan nilai-nilai murni serta pengajaran yang saya perolehi sepanjang program ataupun projek ini berlangsung. Teras utama dalam menjalankan sesuatu perkara ialah semangat kerjasama sepasukan serta tolak ansur antara ahli kumpulan masing-masing. Saya juga dapat mempertingkatkan kebolehan diri saya dalam berinteraksi dengan orang luar tak emngira umur, kaum mahupun agama. Konklusinya, Projek GIG1005 Jalinan Masyarakat ini merupakan satu platform yang sangat berguna bagi mahasiswa dan mahasiswi untuk memertingkatkan kebolehan bertinterkasi  dengan ramai orang dan menyeslesaikan masalah dalam segala keadaan dan situasi.


Sekian saja daripada saya. Terima kasih kerana sudi membaca. =D

No comments:

Post a Comment